dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Kubu Gajah, Perak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kempen Internet Selamat Kerjasama Dengan Perpustakaan Awam Selama

6 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Kempen Internet Selamat hasil kerjasama antara NADI Pekan Kubu Gajah dan Perpustakaan Awam Selama telah berjaya dianjurkan sebagai salah satu usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab.

Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada para peserta dari kalangan murid sekolah rendah sempena cuti sekolah tentang aspek keselamatan siber, perlindungan maklumat peribadi, pengenalpastian penipuan dalam talian serta amalan penggunaan media sosial yang bijak. Peserta turut didedahkan kepada langkah-langkah mengelakkan ancaman siber seperti scam, phishing, buli siber dan penyebaran maklumat palsu yang semakin berleluasa pada masa kini.

Selain itu, program ini bertujuan memupuk budaya penggunaan internet yang positif dan selamat dalam kalangan masyarakat. Melalui perkongsian ilmu dan aktiviti interaktif yang dijalankan, para peserta dapat meningkatkan pengetahuan serta kesedaran mengenai kepentingan keselamatan digital dalam kehidupan seharian. Diharapkan program ini dapat melahirkan pengguna internet yang lebih berwaspada, berpengetahuan dan bertanggungjawab dalam menghadapi cabaran dunia digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.